Wednesday 8 June 2011

Borak Kamera : ISO

ISO ( International Standard Organization)


"Naikkan Iso..", "kurangkan Iso..", "Iso tnggi sgt tu bro..."...hehe..seringkali kita dgr ayat2 ni klu kita outing kn....jd, apa itu Iso??...Iso ni merujuk kepada sensitivity filem atau digital sensor kepada cahaya...

Kita mungkin biasa melihat setting mcm ne 100, 200, 400, 800, 1600, 3200...dan seterusnya bergantung kepada jenis camera..Semakin tinggi nombor semakin sensitif kepada cahaya...



Mcmmana nak apply setting ni kepada gambar saya??


Katakan kita tak boleh atau tak mahu menggunakan flash di dalam dewan di atas sebab2 tertentu...caranya naikkan nilai Iso kita..ataupun jika kita shoot indoor spt shoot sports...kita nak kekalkan shutter speed untuk freeze motion (pergerakan), penyelesaiannya ialah naikkan nilai iso...^_^


Kenapa kadang2 ramai fotografer xguna ISO tinggi??...ok...sebabnya kadang2 kita nak capture moment...jadi slow shutter speed digunakan berbanding ISO...

Semakin tinggi nilai ISO, semakin banyak noise yang kelihatan..."Noise" ni bukan bunyi bising ehh..hehe...noise kat sini merujuk kepada grainy...atau lebih senang bintik2 kat gambar....:))...Noise akan jelas kelihatan pada bahagian atau gambar yg gelap jika menggunakan ISO tinggi...


Jom kita lihat perbandingannya.. :




Perbandingan Low ISO dan High Iso 

diharap penerangan yg serba ringkas ini dapat korang fhm k..hehe..salah silap harap dimaafkan..^_^


sekian, terima kasih....: ))



Original link : 



No comments:

Post a Comment