Tuesday 7 June 2011

Borak Kamera : DSLR Mode

DSLR Mode ( A,S,P,M )
 
Sekarang dah ramai yg pakai kamera DSLR ni kn??...mcm dah jdi trend...huhu..tapi xpa..yg untung tokey2 kedai jg...hahaha....


ok, berbalik kepada topik..^_^...mungkin masih ramai yg tertanya2  fungsi mod2  yg ada cthnya spt : A, S, P, M (Nikon) dan Av, Tv, P, M  (Canon)..aku review dua model ni shj sbb model ni yg bnyk digunakan oleh photog2 di Malaysia....:))


Di sini aku ingin berkongsi ilmu tentang mode2 ini melalui pengalaman yg xseberapa...huhu... 


p/s : Buku Manual kamera amat penting untuk di baca..jadi luangkanlah masa membaca...:))


1. A / Av ( Aperture Priority Mode )



 Aperture Priority mode ini boleh dikatakan separa auto..kerana kita hanya mengawal bukaan Aperture ,f dan Iso...Shutter speed akan diset sendiri oleh kamera untuk mendapatkan exposure yg betul..


Biasanya kita gunakan dalam wedding2 dan potret di mana kita inginkan DOF ( Deep Of Field ) dan untuk mendapatkan cahaya yg mencukupi.... 


cthnya : 
kita set f/5.6 dan Iso 200...dan kita shoot...shutter mungkin akan berada dalam 1/250..tetapi ianya berubah2 mengikut keadaan...kita tidak perlu set shutter speed kerana dalam mode ini.. kita hanya set Aperture, f dan Iso manakala shutter akan auto sendiri..  


Tetapi kita mesti berhati-hati kerana jika shutter speed yg disetkan oleh kamera terlalu perlahan, potensi gambar untuk blurr atau shake amat tinggi...Dalam situasi begini, Iso memainkan peranan...Naikkan Iso sehingga mendapatkan shutter yg tinggi


2. S / Tv ( Shutter Priority Mode )





Shutter Priority Mode  pula ialah di mana kita hanya mengawal shutter speed dan Iso yg digunakan.. Manakala Aperture,f akan auto untuk mendapatkan exposure yg betul..


Biasanya kita gunakan untuk shoot gambar subjek yg bergerak...jadi kita xsusah2 nak set Aperture lg sebab dah auto..kita hanya set Shutter je laa...hehe


Cthnya :
Kita memilih untuk menggunakan shutter speed 1/125..dan Iso 200..Apperture akan auto untuk memilih f number yg sesuai dgn keadaan masa itu..


Jika gmbr underexposed, kita boleh memilih untuk mengurangkan shutter speed atau menaikkan nilai Iso..
harus diingat bahawa shutter speed dibawah 1/60 adalah berbahaya untuk shoot guna handheld...tapi kalau tangan mmg steady bolehlah shoot bawah shutter 1/60..^_^



 3. P ( Programme Mode )





Programme mode lebih kurang sama dengan auto mode..Aperture,f dan shutter speed,S akan disetkan oleh kamera..manakala kita hanya mengawal Iso..


Mode ini biasanya digunakan dalam keadaan atau situasi yg memerlukan kepantasan seperti event2, wedding dan lain2...mana sempat nak kamera lg..shoot jer guna P...janji ada gambar kn??..^_^....


Terdapat juga P* mode kalau korang perasan...mode ini maksudnya flexible..walaupun auto tapi kita bleh set jg..:))


4. M ( Manual Mode )





Manual mode....hehe..siapa yg pkai mod M ni kira dah pro kot..hehe..tahniah kepada anda jika sudah mula mengguna mod nie..:))...


Dalam mod ni, full manual..kita set semua sendiri dari shutter speed, aperture dan Iso untuk mendapatkan exposure yg betul...Biasanya kita set sehingga meter berada di tengah2...cth mcm ni :



Dalam M mode kita boleh dapatkan gambar seperti yg kita kehendaki..tidak semestinya correct exposure...kita boleh dapatkan gambar yg overexpose atau underexpose...kita yg menentukan..hehehe



Wahhhh..panjang lebar jg aku cerita kn..hehehe..di harap artikel ini dapat memberi panduan kepada photog semua...khususnya yg bru menceburi bidang ini...


Kalau ada kurang atau terlebih silalah mention k...supaya fakta yg disampaikan akan lebih jelas...

Sekian,, terima kasih....^_^




4 comments:

  1. thx Gadis skema...sharing is caring...^_^

    ReplyDelete
  2. set meter sampai tgh2 tu merujuk pd dslr nikon kan ?

    ReplyDelete
  3. yg ni rasanya canon bro..kalau nikon biasanya + exposure berada disebelah kiri manakala - exposure berada di sebelah kanan....tapi boleh set lagi tu bro untuk nikon kalau nak meter mcm nie...:-)ikut keselesaan...

    ReplyDelete